Cintaku..
Hadirmu tanpa diundang
Siapalah aku untuk menafikan perasaan ini
Ia datang tanpa aku sedari
Entah bila ia berputik
Makin ku cuba tepis makin kuat ia hadir
Cintaku..
Kau dekat di mata tapi makin jauh di hati
Seringkali aku bertanya
Siapa aku di hatimu
Apa perasaan sebenarmu padaku
Kerana rasa rindu itu tak pernah menipu
Cintaku..
Wajahmu mengusik memori indahku
Usikanmu buat ku tersenyum sendiri
Suaramu terngiang di kotak ingatanku
Apakah maknanya itu?
Cintaku..
Rindu ini datang bila tak bersua
Sakit ini hadir tatkala ingatan menerpa
Ruang fikiranku buntu dalam kepasrahan
Cintaku..
Kalaulah boleh untuk kuluahkan
Kalaulah dapat untuk kulepaskan segalanya
Tersiat jiwaku menanggung ini semua
Luluhnya hati bila tak diendahkan
Pedihnya bila bersua namun tak bersuara,
..bila kepastian tak kunjung tiba
Sakit yang sangat-sangat dalam
Cintaku..
Ku masih ada akal yang waras
Ku masih punya maruah yang suci
Ku masih punya iman yang tinggi
Ku masih ada Dia yang setia mendengar
Alhamdullillah…
Ku masih mampu memendam sendirian
Selagi Tuhanku ada untuk mendengar
Cintaku..
Ku masih di sini jika diperlukanmu
Ku masih setia andai engkau menginginkanku
Kerana ku yakin dengan janji Allah
Bahagia itu pasti menghampiriku
Selagi aku Redha dan Tabah dengan ketentuanNya
Terima Kasih Ya Allah..
Kerana menghadirkan rasa rindu ini
Kerana mencambahkan cinta dalam hatiku
Kerana Membibitkan sayang dalam jiwaku
Walau Cintaku tak penah tahu
Walau sayangku tak pernah berbalas
Walau Rinduku seperti angin lalu
Selagi Cinta, Rindu dan sayangku masih bernafas
Aku bahagia dari kejauhan…
~NuRwAwA 29112010~

No comments:
Post a Comment