My Blog List

Wednesday, December 8, 2010

Saya Suka Awak..

Saya Suka Awak..
Tapi entah awak sukakan saya ke tidak

Saya suka Awak
Walau awak selalu buat saya sedih

Saya Suka Awak
Kerana awak adalah warna hidup saya

Saya Suka Awak
kerana diri awak yang saya kenal

Saya Suka Awak
Dalam Diam saya

Saya Suka Awak
Tapi saya tak dapat nak luahkan

Saya suka Awak
kerana awak bahagiakan hidup saya

Saya Suka Awak
tanpa kata-Kata

Saya tetap suka Awak
Walaupun awak tak pernah tahu...




Monday, November 29, 2010

Rindu Itu Datang Lagi

Cintaku..
Hadirmu  tanpa diundang
Siapalah aku untuk menafikan perasaan ini
Ia datang tanpa aku sedari
Entah bila ia berputik
Makin ku cuba tepis makin kuat ia hadir

Cintaku..
Kau dekat di mata tapi makin jauh di hati
Seringkali aku bertanya
Siapa aku di hatimu
Apa perasaan sebenarmu padaku
Kerana rasa rindu itu tak pernah menipu

Cintaku..
Wajahmu mengusik memori indahku
Usikanmu buat ku tersenyum sendiri
Suaramu terngiang di kotak ingatanku
Apakah maknanya itu?

Cintaku..
Rindu ini datang bila tak bersua
Sakit ini hadir tatkala ingatan menerpa
Ruang fikiranku buntu dalam kepasrahan

Cintaku..
Kalaulah boleh untuk kuluahkan
Kalaulah dapat untuk kulepaskan segalanya
Tersiat jiwaku menanggung ini semua
Luluhnya hati bila tak diendahkan
Pedihnya bila bersua namun tak bersuara,
..bila kepastian tak kunjung tiba
Sakit yang sangat-sangat dalam

Cintaku..
Ku masih ada akal yang waras
Ku masih punya maruah yang suci
Ku masih punya iman yang tinggi
Ku masih ada Dia yang setia mendengar
Alhamdullillah…
Ku masih mampu memendam sendirian
Selagi  Tuhanku ada untuk mendengar

Cintaku..
Ku masih di sini jika diperlukanmu
Ku masih setia andai engkau menginginkanku
Kerana ku yakin dengan janji Allah
Bahagia itu pasti menghampiriku
Selagi aku Redha dan Tabah dengan ketentuanNya

Terima Kasih Ya Allah..
Kerana menghadirkan rasa rindu ini
Kerana mencambahkan cinta dalam hatiku
Kerana Membibitkan sayang dalam jiwaku
Walau Cintaku tak penah tahu
Walau sayangku tak pernah berbalas
Walau Rinduku seperti angin lalu
Selagi Cinta, Rindu dan sayangku masih bernafas
Aku bahagia dari kejauhan…

~NuRwAwA 29112010~

Friday, November 19, 2010

Soal Hati Soal Jiwa Soal Rasa

Salam semua..
akhirnya berjaya juga saya memiliki blog sendiri hehe.. Blog ini wujud akibat jiwa saya yang sedang bercelaru sejak kebelakangan ini.. poyo je bunyinyer kan .
Ini baru permulaan,harap2 blog ini akan bernyawa dgn entry2 saya yang diharap tidak merapu..

p/s: saya budak  baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)

Wassalam